Sunday, August 16, 2009

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KHURSUS PENDIDIKAN MORAL 1225/2

PANDUAN KERJA KHURSUS:
Tugasan Harian:
Pelajar perlu menuliskan lapan tugasan harian mengikut tajuk yang diberikan oleh cikgu moral di sekolah anda. Pelajar harus siapkan 4 soalan tugasan harian ketika tingkatan 4 dan 4 soalan lagi semasa tingkatan 5. Maklumat tugasan harian boleh diperolehi melalui internet dan mesti menyalin maklumat yang diperlukan dengan tulisan tangan dalam kertas putih A4.

Laporan Kerja Amal:
i) Bidang Perkembangan Diri:
Pelajar boleh menuliskan laporan tentang diri sendiri seperti menolong cikgu mengambil buku, menghadiri kem, menolong ibu membuat kerja rumah. Laporan ini hanya menuliskan tentang penglibatan dan peranan diri sendiri sahaja dan bersama dengan sekurang-kurang satu keping gambar sahaja yang menunjukkan anda telah membuat kerja amal ini.

ii) Bidang Kekeluargaan:
Pelajar harus menuliskan laporan tentang aktiviti yang bersama dengan ahli keluarga anda. Sebagai contoh, meraikan hari jadi bersama anggota keluarga, meraikan Hari Ibu atau Hari Bapa, pergi berkhemah bersama ahli keluarga dan lain-lain. Laporan ini harus menuliskan penglibatan dan peranan anda dalam aktiviti bersama ahli keluarga anda dengan adanya sekeping gambar.

iii)Bidang Alam Sekitar:
Pelajar boleh menuliskan laporan tentang cara memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebagai contoh, menanamkan pokok kartus, memcabut rumput di kawasan sekolah. Laporan ini harus menuliskan penglibatan dan peranan anda dalam aktiviti membersihkan alam sekitar bersama sekeping gambar.

Pelajar perlu menuliskan empat laporan kerja amal. Oleh itu, satu lagi laporan harus dipilih lagi daripada salah satu bidang di atas. Laporan yang mempunyai bidang yang sama tidak boleh sama isi kandungan mesti tulis tentang aktiviti yang berlainan. Semua laporan kerja amal juga mesti ditulis dengan tulisan tangan dalam kertas A4.

Dengan ada panduan ini, saya berharap dapat memberikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2. Sekian terima kasih.
Perhatian: Semasa SPM sekiranya pelajar tidak menghantar kerja kursus kepada cikgu moral anda, keputusan moral SPM anda akan dicatat TK iaitu Tiada Keputusan walaupun anda mendapat A1 dalam Kertas 1 (1225/1).

Wednesday, August 12, 2009

CONTOH SET KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM 1225/1

CONTOH SET KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM 1225/1
SERTA SKEMA PEMARKAHAN

Bahagian A:
Soalan Struktur (80 markah)

Jawab SEMUA soalan.

1. Badan Pencegah Rasuah (BPR) merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah.

a) Nyatakan DUA nilai yang perlu diamalkan oleh pegawai-pegawai BPR semasa menjalankan tugas.

Bertanggungjawab / amanah 1 markah

Keadilan 1 markah

Harga diri 1 markah

b) Namakan akta yang mendakwa sesiapa yang terlibat dalam amalan rasuah.

Akta Pencegahan Rasuah 1 markah

c) Berikan maksud DUA moto yang terdapat dalam logo BPR.

Amanah – melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab 2 markah

Adil – bertindak secara saksama tanpa prasangka dan
berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan
keluhuran undang-undang. 2 markah

Tegas – menjalankan penyiasatan terhadap semua
perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih. 2 markah

d) Berikan TIGA cara masyarakat boleh bekerjasama dengan BPR dalam menangani masalah rasuah.

Tidak mengamalkan amalan rasuah / tidak memberi /
tidak menerima rasuah. 1 markah

Menimbulkan kesedaran akan akibat buruk
terhadap diri, keluarga, negara 1 markah

Melaporkan kepada pihak berkuasa 1 markah
(mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Penyakit Coxsakie semakin hari semakin serius. Pihak berkuasa mendapati salah satu punca merebaknya penyakit tersebut adalah kualiti air sungai yang merosot. Pihak berkuasa mencadangkan kepada ibu bapa agar jangan membawa anak-anak keluar ke khalayak ramai dan sekolah rendah serta tadika dan pusat tuisyen juga diarahkan untuk ditutup sehingga diberitahu serta melakukan kerja-kerja pembersihan.

a) Bincangkan DUA nilai yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa.

Kasih saying- Kepekaan dan perasan cinta yang mendalam
serta berkekalan 1+1 markah
bertanggungjawab-Kesanggupan memikul dan
melaksanakan tugas 1+1 markah

b) Nyatakan DUA nilai yang harus diamalkan oleh ibu bapa.

Kasih sayang terhadap keluarga 1 markah

Tanggungjawab terhadap keluarga 1 markah

c) Berikan DUA nilai yang harus diamalkan oleh semua pengurus sekolah rendah, tadika dan pusat tuisyen.

Mematuhi peraturan dan undang-undang 1 markah

Saling membantu dan bekerjasama 1 markah

d) Berikan DUA cara anda menangani masalah tersebut.

Sentiasa menjaga kebersihan diri 1 markah

Sentiasa minum air yang banyak 1 markah

Melapor kepada pihak berkuasa 1 markah


3. Tujuan rancangan FELDA adalah untuk menegakkan keadilan sosial.

a) Berikan maksud nilai keadilan.

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 2 markah

b) Bagaimanakah rancangan FELDA dapat menegakkan keadilan sosial.

Membantu golongan miskin untuk meningkatkan taraf hidup sosial. 2 markah

c) Huraikan DUA contoh keadilan dalam pentadbiran kerajaan.

Pemberian hak milik tanah olhe FELDA 1+1 markah

Pembayaran cukai pendapatan perseorangan 1+1 markah

Pemberian dan pembahagian rumah kos rendah 1+1 markah

Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik
kepada penduduk setinggan dan luar bandar 1+1 markah
(mana-mana jawapan yang munasabah)
(Maksimum: 4m)

d) Namakan DUA organisasi yang berperanan dalam menegak keadilan.

Mahkamah Tinggi / Seksyen / Majistret
/ Mahkamah bagi Kanak-kanak 1 markah

SUHAKAM / Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1 markah



Bahagian B:
Soalan Esei: (20 marakah)

Arahan: Jawab DUA soalan sahaja.

4. Dewasa ini, masalah rumah tangga semakin kerap berlaku seperti isu perceraian, menempatkan ibu bapa di rumah orang tua dan penderaan kanak-kanak.
Jelaskan nilai yang harus dipupuk untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Kasih sayang terhadap keluarga 1 markah
Perasaan cinta yang mendalam
Perasaan cinta yang berkekalan 1+1 markah

Hormat dan taat kepada anggota keluarga 1 markah
Memuliakan setiap anggota keluarga
Memberi layanan yang sopan 1+1 markah

Tanggungjawab terhadap keluarga 1 markah
Kewajipan yang harus dilaksanakan terhadap keluarga
Melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej
dan menjaga maruah 1+1 markah
(maksimum: 10m)

5. Sidang kemuncak ke 13 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur telah sebulat suara bersetuju untuk memperjuangkan keamanan dunia.

Saling membantu dan bekerjasama 1 markah
Usaha yang baik
Usaha yang membina 1+1 markah

Saling menghormati antara Negara 1 markah
Menghargai hubungan antara negara
Memuliakan hubungan antara negara 1+1 markah

Hidup bersama secara aman 1 markah
Hidup berbaik-baik
Mengutamakan kedamaian dan keharmonian 1+1 markah
(maksimum: 10m)

TEKNIK MENJAWAP SOALAN PENDIDIKAN MORAL, SPM

TEKNIK MENJAWAP SOALAN PENDIDIKAN MORAL, SPM
STRUKTUR

1. Apakah tiga nilai yang diamalkan oleh masyarakat terhadap setiap
sambutan Hari Orang Cacat , Hari Warga Tua & Hari Guru ini ?
[ 3 m ]

Ayat penuh
Ejaan & imbuhan nilai mesti tepat dan betul
Eg.
Nilai yang diamalkan oleh masyarakat terhadap setiap sambutan
Hari Orang Cacat , Hari Warga Tua & Hari Guru ialah ……N 1…., …N 2… dan ….N 3…

2. Apakah tujuan masyarakat dunia meraikan sambutan-sambutan di atas ? [ 3 m ]

Sila beri 3 tujuan untuk 3 markah berdasarkan kehendak soalan.

3. Terdapat sesetengah daripada masyarakat negara ini yang tidak menghargai usaha murni dan
pengorbanan guru sebagai masyarakat pendidik nusa dan bangsa bagi anak-anak mereka.
Jelaskan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh golongan masyarakat ini dalam perkara
tersebut. [ 4 m ]

Ayat penuh
Ejaan & imbuhan nilai mesti tepat dan betul
N 1 + P 1 , N 2 + P 2 = 4 markah
P [ Penerangan ] - Mesti ada SUBJEK + KATA KUNCI [ sekurangnya 1 kk ]
Eg.
Nilai yang diamalkan oleh masyarakat ialah ….N 1 … [ N 1 ].
Masyarakat mempunyai …………..KK 1 / KK2 ……. [ P 1 ] .
Nilai yang diamalkan oleh masyarakat ialah ….N 2 … [ N 2 ].
Masyarakat perlu ………..KK 1 / KK2 ……. [ P 2 ] = 4 markah

ESEI

· 1 perenggan sahaja

· JANGAN mulakan ayat dengan “ nilai yang pertama ……… “ .
“ Ali mengamalkan nilai hemah tinggi sebagai nilai kedua. “ – dianggap sebagai berperenggan.

· Setiap nilai mesti ada – Ayat untuk [ N 1 ] , Penerangan 1 [ KK 1 ] ,
Huraian [ H 1 ] , Penerangan 2 [ KK 2 ] , Huraian 2 [ H 2 ] = 5 markah

· Setiap nilai diberi 5 markah.

· Jika soalan mengkehendaki 2 nilai, pelajar perlu jawab 3 nilai [ N 2 + N 1 = N 3 ]

· Jika soalan mengkehendaki 3 nilai, pelajar perlu jawab 4 nilai [ N 3 + N 1 = N 4 ]

· P [ Penerangan ] - Mesti ada SUBJEK + KATA KUNCI [ sekurangnya 1 kk dalam 1 P ]

RINGKASAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN MORAL SPM:

i) MENJAWAP SOALAN SPM MESTI ADA SUBJEK IKUT SITUASI SOALAN
DAN MESTI ADA KATA KUNCI.

CONTOH: SITI MENOLONG IBU MEMASAK. APAKAH NILAI MORAL YANG ADA PADA
SITI?

JAWAPAN: SITI MENGAMALKAN NILAI BERTANGGUNGJAWAB (1 MARKAH)
SANGGUP MEMIKUL TUGAS ( 1 MARKAH) SEBAGAI SEORANG ANAK.

PENERANGAN: NILAI MORAL: BERTANGGUNGJAWAB
KATA KUNCI : SANGGUP MEMIKUL TUGAS

ii) SEKIRANYA MENJAWAB SOALAN TENTANG AKTA DAN UNDANG –UNDANG, TAHUN LUPA JANGAN TULIS KECUALI BETUL-BETUL INGAT….

CONTOH: AKTA CEGAH RASUAH- SALAH
AKTA PENCEGAHAN RASUAH- BETUL

iii) BAGI SOALAN YANG MEMPUNYAI DUA NILAI DAPAT DIGUNAKAN DALAM SATU JAWAPAN PILIH SATU SAHAJA…

CONTOH:
KASIH SAYANG/ KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
PILIH SATU SAHAJA,
(KALAU BERIKAN DUA NILAI HANYA SATU MARKAH SAHAJA JUGA)

BERTANGGUNGJAWAB/ BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA.

BAHAGIAN ESEI:
MINIMUM 3 NILAI MORAL MAKSIMUM 4 NILAI.

SEKIRANYA MINTA 2 NILAI SAHAJA BOLEH JAWAB 3 NILAI. ( TAMBAHAN SATU DARIPADA PERMINTAAN SOALAN)

FORMAT MENJAWAB SOALAN ESEI SPM:
NILAI MORAL + 2 PENERANGAN/ KATA KUNCI + 2 CONTOH
ATAU
NILAI MORAL + PENERANGAN 1 + CONTOH 1
PENERANGAN 2 + CONTOH 2

-NILAI MORAL MESTI SAMA DENGAN NILAI DALAM SUKATAN
PELAJARAN.
CONTOH: CINTA KEPADA NEGARA- SALAH
CINTAKAN NEGARA - SALAH
CINTA AKAN NEGARA - BETUL

- DEFINISI NILAI MESTI IKUT SUKATAN PELAJARAN UNTUK MENDAPAT MARKAH.

- SEMUA HURAIAN BAGI NILAI MESTI ADA SUBJEK IKUT SOALAN, BARU DIBERIKAN MARKAH. SEKIRANYA TIDAK KOSONG MARKAH !! TERUTAMANYA DALAM SOALAN ESEI..

CONTOH:
PERLU MENGAMALKAN NILAI KESERDEHANAAN- SALAH

ALI PERLU MENGAMALAKN NILAI KESERDEHANAAN- BETUL
DIA ( SUBJEK) PERLU TIDAK KETERLALUAN DALAM MENGAMBIL TINDAKAN SUPAYA TIDAK MENGABAIKAN KEPENTINAGN ORANG LAIN. – BETUL

-NILAI KEMANUSIAAN DALAM BAHASA MALAYSIA TIDAK SAMA DENGAN NILAI MOARAL. TETAPI BOLEH DIGUNAKAN DALAM HURAIAN ATAU CONTOH.

- HANYA BAGI SOALAN YANG MEMINTA NILAI SAHAJA, NILAI BARU DIBERIKAN DALAM JAWAPAN ANDA.

- AKHIRNYA JANGAN MENJAWAP DENGAN PENSIL SEMASA SPM!!!

Pendidikan moral 2009 Nilai-nilai & definisi serta kata kunci

Pendidikan moral 2009
Nilai-nilai & definisi serta kata kunci

Bidang 1 : Perkembangan Diri

Nilai 1 : Kepercayaan Kepada Tuhan
Definisi Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi Segala Suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kata kunci 1 : Keyakinan wujudnya Tuhan
Kata kunci 2 : mematuhi segala suruhan-Nya

Nilai 2 : Amanah
Definisi : sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Kata kunci 1 : sikap bertanggungjawab
Kata kunci 2 : boleh menimbulkan kepercayaan atau
boleh menimbulkan keyakinan orang lain

Nilai 3 : Harga diri
Definisi : keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kata kunci 1 : memulia maruah diri
Kata kunci 2 : menjaga maruah diri

nilai 4 : Bertanggungjawab
Definisi : Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kata kunci 1 : memikul tugas serta kewajipan
Kata kunci 2 : melaksanakan tugas serta kewajipan

Nilai 5 : Hemah Tinggi
Definisi : Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian .

kata kunci 1 : beradab sopan
Kata kunci 2 : berbudi pekerti mulia

Nilai 6 : Toleransi
Definisi : Kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri
bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kata kunci 1 : bertolak ansur
Kata kunci 2 : sabar
Kata kunci 3 : mengawal diri

Nilai 7 : Berdikari
Definisi : Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kata kunci 1 : kebolehan melakukan sesuatu atau kesanggupan melakukan sesuatu
Kata kunci 2 : tanpa bergantung kepada orang lain

Nilai 8 : Kerajinan
Definisi : Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju
dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata kunci 1 : usaha yang berterusan
Kata kunci 2 : semangat ketekunan kecekalan, kegigihan, dedikasi,
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Nilai 9 : Kasih sayang
Definisi : Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kata kunci 1 : cinta yang mendalam
Kata kunci 2 : cinta yang berkekalan

Nilai 10 : Keadilan
Definisi : Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Kata kunci 1 : tindakan yang saksama atau keputusan yang saksama
Kata kunci 2 : tidak berat sebelah

Nilai 11 : Rasional
Definisi : Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Kata kunci 1 : boleh berfikir
Kata kunci 2 : mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

Nilai 12 : Kesederhanaan
Definisi : Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain.

Kata kunci 1 : bersikap tidak keterlaluan
Kata kunci 2 : tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain


Bidang 2 : Kekeluargaan

Nilai 1 : Kasih sayang terhadap keluarga
Definisi : Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam
dan berkekalan terhadap keluarga.

Kata kunci 1 : perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam
Kata kunci 2 : perasaan cinta, kasih dan sayang yang berkekalan

Nilai 2 : Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Definisi : Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi
dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

Kata kunci 1 : memuliakan setiap anggota keluarga
Kata kunci 2 : dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yanga harmonis

Nilai 3 : Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Definisi : Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat
dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

Kata kunci 1 : menerima, menghormati dan mengamalkan
Kata kunci 2 : kebiasaan, adat dan kepercayaan
Kata kunci 3 : diwarisi

Nilai 4 : Tanggungjawab terhadap keluarga
Definisi : Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh individu terhadap keluarga
untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej keluarga
dan menjaga maruah keluarga.

Kata kunci 1 : kewajipan terhadap keluarga
Kata kunci 2 : untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan
imej keluarga dan menjaga maruah keluarga.

Bidang 3 : Alam Sekitar

Nilai 1 : Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Definisi : Kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar
dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Kata kunci 1 : memelihara alam sekitar
Kata kunci 2 : memulihara alam sekitar / sekeliling

Nilai 2 : Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Definisi : Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan
alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara.

Kata kunci 1 : hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
Kata kunci 2 : kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara

Nilai 3 : Kemapanan alam sekitar
Definisi : Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Kata kunci 1 : pengekalan keseimbangan alam sekeliling
Kata kunci 2 : tanggungjawab bersama

Nilai 4 : Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Definisi : Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan
alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Kata kunci 1 : prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
Kata kunci 2 : berusaha menyelesaikannya

Bidang 4 : Patriotisme

Nilai 1 : Cinta akan negara
Definisi : Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Kata kunci 1 : perasaan sayang dan bangga
Kata kunci 2 : meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Nilai 2 : Taat setia kepada raja dan negara
Definisi : Kepatuhan yang berkekalan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

Kata kunci 1 : kepatuhan yang berkekalan
Kata kunci 2 : kesetiaan yang berkekalan

Nilai 3 : Sanggup berkorban untuk Negara
Definisi : Kerelaan melakukan atau kerelaan menyerahkan sesuatu
termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Kata kunci 1 : kerelaan melakukan / kerelaan menyerahkan
Kata kunci 2 : tanda kebaktian untuk negara


Bidang 5 : Hak asasi manusia

Nilai 1 : Melindungi hak kanak-kanak
Definisi : Membela, memberi naungan, dan memelihara
hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

Kata kunci 1 : membela kanak-kanak
Kata kunci 2 : memberi naungan kanak-kanak
Kata kunci 3 : memelihara hak kanak-kanak


Nilai 2 : Menghormati hak wanita
Definisi : Melindungi dan mengiktirafkan wanita sebagai individu
yang boleh memberi dan sumbangan dalam pembangunan keluarga,
masyarakat dan negara.

Kata kunci 1 : melindungi wanita
kata kunci 2 : mengiktirafkan wanita

Nilai 3 : Menghormati hak golongan kurang berupaya
Definisi : memberi layanan secara bersopan kepada golongan
kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktirafkan
mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

kata kunci 1 : memberi layanan secara bersopan
kata kunci 2 : mengiktirafkan mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

nilai 4 : melindungi hak pengguna
Definisi : Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,
mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi.

Kata kunci 1 : membela hak individu
Kata kunci 2 : memelihara hak individu

nilai 5 : melindungi hak pekerja
Definisi : Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa
dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Kata kunci 1 : menghormati perkhidmatan, jasa dan sumbangan
Kata kunci 2 : menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbangan
Kata kunci 3 : mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan


Bidang 6 : demokrasi

Nilai 1 : Mematuhi peraturan dan undang-undang
Definisi : Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Kata kunci 1 : menerima peraturan dan undang-undang
Kata kunci 2 : mematuhi peraturan dan undang-undang


Nilai 2 : Kebebasan bersuara
Definisi : Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman .

kata kunci 1 : kebebasan berucap
kata kunci 2 : mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu

Nilai 3 : Kebebasan beragama
Definisi : Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan
agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembangaan Malaysia.

Kata kunci 1 : kebebasan menganuti
Kata kunci 2 : mengamalkan agamanya
Kata kunci 3 : yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia

Nilai 4 : Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Definisi : Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti Pembangunan negara
dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia.

Kata kunci 1 : Kebebasan melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti pembangunan negara
Kata kunci 2 : mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia.

Nilai 5 : Sikap keterbukaan
Definisi : Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan
dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta norma masyarakat Malaysia.

Kata kunci 1 : memberi pandangan, pembaharuan dan kritikan
Kata kunci 2 : menerima pandangan , pembaharuan dan kritikan

Bidang 7 : Keamanan dan keharmonian

Nilai 1 : hidup bersama secara aman
Definisi : Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Kata kunci 1 : hidup berbaik-baik
Kata kunci 2 : mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup


Nilai 2 : Saling membantu dan bekerjasama
Definisi : Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kata kunci 1 : usaha yang baik atau usaha membina
Kata kunci 2 : dilakukan bersama

Nilai 3 : Saling menghormati antara negara
Definisi : Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk
menjamin kesejahteraan sejagat.

Kata kunci 1 : menghargai hubungan antara negara
Kata kunci 2 : memuliakan hubungan antara negara

*** Pastikan ejaan tepat

*** Jika soalan struktur memerlukan jawapan definisi
– sila tulis definisi lengkap BUKAN kata kunci. Hanya tulis definisi sahaja
– eg. Hemah Tinggi - Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

*** Soalan struktur yang memerlukan jawapan Nilai + Penerangan
– sila tulis jwpn dengan ayat lengkap .
Nilai – Subj + Nilai . Cth : Ali [ Subj ] mengamalkan nilai hemah tinggi [ Nilai ].
Penerangan – Subj + Kata Kunci : Dia [ Subj ]harus beradab sopan [ KK ] ketika
berbual-bual dengan orang tua.

*** Soalan esei
- WAJIB – 3 nilai / 1 perenggan / ada subjek dlm setiap ayat.
- N1 . P1 . H1 . P2 . H2 + N2 . P1 . H1 . P2 . H2 + N3 . P1 . H1 . P2 . H2
- Setiap kumpulan nilai mesti ada 5 ayat [ N1 . P1 . H1 . P2 . H2 ]
- JANGAN gunakan permulaan ayat seperti : Nilai pertama ialah …….. . Nilai kedua
yang diamalkan ialah …