Sunday, August 16, 2009

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KHURSUS PENDIDIKAN MORAL 1225/2

PANDUAN KERJA KHURSUS:
Tugasan Harian:
Pelajar perlu menuliskan lapan tugasan harian mengikut tajuk yang diberikan oleh cikgu moral di sekolah anda. Pelajar harus siapkan 4 soalan tugasan harian ketika tingkatan 4 dan 4 soalan lagi semasa tingkatan 5. Maklumat tugasan harian boleh diperolehi melalui internet dan mesti menyalin maklumat yang diperlukan dengan tulisan tangan dalam kertas putih A4.

Laporan Kerja Amal:
i) Bidang Perkembangan Diri:
Pelajar boleh menuliskan laporan tentang diri sendiri seperti menolong cikgu mengambil buku, menghadiri kem, menolong ibu membuat kerja rumah. Laporan ini hanya menuliskan tentang penglibatan dan peranan diri sendiri sahaja dan bersama dengan sekurang-kurang satu keping gambar sahaja yang menunjukkan anda telah membuat kerja amal ini.

ii) Bidang Kekeluargaan:
Pelajar harus menuliskan laporan tentang aktiviti yang bersama dengan ahli keluarga anda. Sebagai contoh, meraikan hari jadi bersama anggota keluarga, meraikan Hari Ibu atau Hari Bapa, pergi berkhemah bersama ahli keluarga dan lain-lain. Laporan ini harus menuliskan penglibatan dan peranan anda dalam aktiviti bersama ahli keluarga anda dengan adanya sekeping gambar.

iii)Bidang Alam Sekitar:
Pelajar boleh menuliskan laporan tentang cara memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebagai contoh, menanamkan pokok kartus, memcabut rumput di kawasan sekolah. Laporan ini harus menuliskan penglibatan dan peranan anda dalam aktiviti membersihkan alam sekitar bersama sekeping gambar.

Pelajar perlu menuliskan empat laporan kerja amal. Oleh itu, satu lagi laporan harus dipilih lagi daripada salah satu bidang di atas. Laporan yang mempunyai bidang yang sama tidak boleh sama isi kandungan mesti tulis tentang aktiviti yang berlainan. Semua laporan kerja amal juga mesti ditulis dengan tulisan tangan dalam kertas A4.

Dengan ada panduan ini, saya berharap dapat memberikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2. Sekian terima kasih.
Perhatian: Semasa SPM sekiranya pelajar tidak menghantar kerja kursus kepada cikgu moral anda, keputusan moral SPM anda akan dicatat TK iaitu Tiada Keputusan walaupun anda mendapat A1 dalam Kertas 1 (1225/1).

No comments:

Post a Comment