Wednesday, August 12, 2009

CONTOH SET KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM 1225/1

CONTOH SET KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM 1225/1
SERTA SKEMA PEMARKAHAN

Bahagian A:
Soalan Struktur (80 markah)

Jawab SEMUA soalan.

1. Badan Pencegah Rasuah (BPR) merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah.

a) Nyatakan DUA nilai yang perlu diamalkan oleh pegawai-pegawai BPR semasa menjalankan tugas.

Bertanggungjawab / amanah 1 markah

Keadilan 1 markah

Harga diri 1 markah

b) Namakan akta yang mendakwa sesiapa yang terlibat dalam amalan rasuah.

Akta Pencegahan Rasuah 1 markah

c) Berikan maksud DUA moto yang terdapat dalam logo BPR.

Amanah – melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab 2 markah

Adil – bertindak secara saksama tanpa prasangka dan
berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan
keluhuran undang-undang. 2 markah

Tegas – menjalankan penyiasatan terhadap semua
perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih. 2 markah

d) Berikan TIGA cara masyarakat boleh bekerjasama dengan BPR dalam menangani masalah rasuah.

Tidak mengamalkan amalan rasuah / tidak memberi /
tidak menerima rasuah. 1 markah

Menimbulkan kesedaran akan akibat buruk
terhadap diri, keluarga, negara 1 markah

Melaporkan kepada pihak berkuasa 1 markah
(mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Penyakit Coxsakie semakin hari semakin serius. Pihak berkuasa mendapati salah satu punca merebaknya penyakit tersebut adalah kualiti air sungai yang merosot. Pihak berkuasa mencadangkan kepada ibu bapa agar jangan membawa anak-anak keluar ke khalayak ramai dan sekolah rendah serta tadika dan pusat tuisyen juga diarahkan untuk ditutup sehingga diberitahu serta melakukan kerja-kerja pembersihan.

a) Bincangkan DUA nilai yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa.

Kasih saying- Kepekaan dan perasan cinta yang mendalam
serta berkekalan 1+1 markah
bertanggungjawab-Kesanggupan memikul dan
melaksanakan tugas 1+1 markah

b) Nyatakan DUA nilai yang harus diamalkan oleh ibu bapa.

Kasih sayang terhadap keluarga 1 markah

Tanggungjawab terhadap keluarga 1 markah

c) Berikan DUA nilai yang harus diamalkan oleh semua pengurus sekolah rendah, tadika dan pusat tuisyen.

Mematuhi peraturan dan undang-undang 1 markah

Saling membantu dan bekerjasama 1 markah

d) Berikan DUA cara anda menangani masalah tersebut.

Sentiasa menjaga kebersihan diri 1 markah

Sentiasa minum air yang banyak 1 markah

Melapor kepada pihak berkuasa 1 markah


3. Tujuan rancangan FELDA adalah untuk menegakkan keadilan sosial.

a) Berikan maksud nilai keadilan.

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 2 markah

b) Bagaimanakah rancangan FELDA dapat menegakkan keadilan sosial.

Membantu golongan miskin untuk meningkatkan taraf hidup sosial. 2 markah

c) Huraikan DUA contoh keadilan dalam pentadbiran kerajaan.

Pemberian hak milik tanah olhe FELDA 1+1 markah

Pembayaran cukai pendapatan perseorangan 1+1 markah

Pemberian dan pembahagian rumah kos rendah 1+1 markah

Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik
kepada penduduk setinggan dan luar bandar 1+1 markah
(mana-mana jawapan yang munasabah)
(Maksimum: 4m)

d) Namakan DUA organisasi yang berperanan dalam menegak keadilan.

Mahkamah Tinggi / Seksyen / Majistret
/ Mahkamah bagi Kanak-kanak 1 markah

SUHAKAM / Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1 markah



Bahagian B:
Soalan Esei: (20 marakah)

Arahan: Jawab DUA soalan sahaja.

4. Dewasa ini, masalah rumah tangga semakin kerap berlaku seperti isu perceraian, menempatkan ibu bapa di rumah orang tua dan penderaan kanak-kanak.
Jelaskan nilai yang harus dipupuk untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Kasih sayang terhadap keluarga 1 markah
Perasaan cinta yang mendalam
Perasaan cinta yang berkekalan 1+1 markah

Hormat dan taat kepada anggota keluarga 1 markah
Memuliakan setiap anggota keluarga
Memberi layanan yang sopan 1+1 markah

Tanggungjawab terhadap keluarga 1 markah
Kewajipan yang harus dilaksanakan terhadap keluarga
Melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej
dan menjaga maruah 1+1 markah
(maksimum: 10m)

5. Sidang kemuncak ke 13 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur telah sebulat suara bersetuju untuk memperjuangkan keamanan dunia.

Saling membantu dan bekerjasama 1 markah
Usaha yang baik
Usaha yang membina 1+1 markah

Saling menghormati antara Negara 1 markah
Menghargai hubungan antara negara
Memuliakan hubungan antara negara 1+1 markah

Hidup bersama secara aman 1 markah
Hidup berbaik-baik
Mengutamakan kedamaian dan keharmonian 1+1 markah
(maksimum: 10m)

No comments:

Post a Comment